2014年11月7日星期五

Fungsi dan contoh pengkalan data

CIRI-CIRI PANGKALAN DATA

Pangkalan data mempunyai ciri-ciri dan keupayaan yang tertentu seperti dapat mengemaskini, menyusun dan menapis maklumat yang dikehendaki. Lihat jadual di bawah. Sistem Pengurusan Pangkalan Data – Database Management System (DBMS)

Operasi Asas Kegunaan

Update (kemaskini) :                         Proses untuk mengubah isi kandungan bagi rekod di
                                                        dalam fail/jadual. Proses ini mungkin menambah, memadam atau
                                                        mengubah isi kandungan rekod.
Insert (memasukkan) :                       Proses untuk menambah rekod baru ke dalam fail/jadual.
Delete (memadam) :                          Proses untuk mengeluarkan rekod daripada fail/jadual.
Sort (susun) :                                    Untuk menyusun rekod di dalam fail/jadual berdasarkan kepada
                                                        kriteria tertentu seperti susunan rekod mengikut tarikh. Menyusun
                                                        rekod mengikut urutan “ascending” ( A ke Z) dan “descending” ( Z ke
                                                        A)
Filter ( tapis) :                                   Menapis satu atau lebih rekod dalam keadaan tertentu.

             Sistem Pengurusan Pangkalan Data atau Database Management System (DBMS) adalah satu sistem perisian yang membolehkan pengguna mentakrif, mencipta, menyusun, mengemas kini, mengurus dan menyelenggara pangkalan data. DBMS turut mengawal capaian terhadap data dalam pangkalan data.

             DBMS boleh dianggap sebagai antaramuka di antara pengguna dan pangkalan data di mana ia membantu pengguna mencapai dan memanipulasikan data yang disimpan di dalam pangkalan data. Antara DBMS yang biasa digunakan ialah Microsoft Access, dBASE III Plus,
FoxBASE Plus, Oracle, MS SQL Server, SoftBASE, Clipper, Paradox

Contoh- contoh Pengkalan Data







Contoh-contoh Perisian Pengkalan Data