CIRI-CIRI PANGKALAN DATA
Pangkalan data mempunyai ciri-ciri dan keupayaan yang tertentu seperti dapat mengemaskini, menyusun dan menapis maklumat yang dikehendaki. Lihat jadual di bawah. Sistem Pengurusan Pangkalan Data – Database Management System (DBMS)Operasi Asas Kegunaan
Update (kemaskini) : Proses untuk mengubah isi kandungan bagi rekod didalam fail/jadual. Proses ini mungkin menambah, memadam atau
mengubah isi kandungan rekod.
Insert (memasukkan) : Proses untuk menambah rekod baru ke dalam fail/jadual.
Delete (memadam) : Proses untuk mengeluarkan rekod daripada fail/jadual.
Sort (susun) : Untuk menyusun rekod di dalam fail/jadual berdasarkan kepada
kriteria tertentu seperti susunan rekod mengikut tarikh. Menyusun
rekod mengikut urutan “ascending” ( A ke Z) dan “descending” ( Z ke
A)
Filter ( tapis) : Menapis satu atau lebih rekod dalam keadaan tertentu.
Sistem Pengurusan Pangkalan Data atau Database Management System (DBMS) adalah satu sistem perisian yang membolehkan pengguna mentakrif, mencipta, menyusun, mengemas kini, mengurus dan menyelenggara pangkalan data. DBMS turut mengawal capaian terhadap data dalam pangkalan data.
DBMS boleh dianggap sebagai antaramuka di antara pengguna dan pangkalan data di mana ia membantu pengguna mencapai dan memanipulasikan data yang disimpan di dalam pangkalan data. Antara DBMS yang biasa digunakan ialah Microsoft Access, dBASE III Plus,
FoxBASE Plus, Oracle, MS SQL Server, SoftBASE, Clipper, Paradox
没有评论:
发表评论